Followers

Sunday, July 31, 2011

Pengertian Puasa & Perkara Berkaitan Puasa

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat membantu sedikit sebanyak pemahaman pembaca blog syahzlanplayground.blogspot.com sekalian.

Tuesday, July 26, 2011

Apakah Keputusan Yang Terbaik?

Rasanya sudah agak lama saya tidak update blog ini. Maaf kerana kesihatan badan dan bebanan kerja yang agak banyak tidak mengizinkan saya untuk menghadap komputer lama-lama. Sob2... Sampai control panel blogger.com pun da berubah wajah... Huhu nampak sangat da lama sangat xupdate blog.

Hmm dari 15hb Julai yang lepas sehingga la hari ini. belum ada keputusan yang saya buat. Hidup jadi xmenentu bila tiba-tiba perkara yang tiada dalam perancangan datang secara mendadak. Impian hidup saya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom tetapi apakan daya tiada dana yang mencukupi.

Dalam keadaan sedih tidak dapat melanjutkan pelajaran ke UK, saya masih tabah menunggu keputusan UPU di mana saya juga sangat lah berharap agar diterima masuk ke University Malaya, salah satu University yang saya kagumi. Bila buka je semakan UPU lepas, alhamdulillah saya diterima masuk tetapi bukan ke UM, tetapi satu lagi kejutan dan cabaran yang tidak diduga. Saya percaya Allah lebih mengetahui tentang apa yang diatur untuk hambanya ini.





HUH! Satu keputusan yang agak drastik dalam hidup saya. Tidak dinafikan UIAM adalah salah satu University yang mencatat dan melahirkan graduan terbaik dalam Malaysia, tetapi dengan keadaan saya mampukah saya? Mampukah saya menyahut apa yang Allah sudah tentukan? Atau perlu saya mencari dan ikhtiar untuk peluang-peluang melanjutkan pelajaran yang lain? Ya Allah bantulah hambaMu ini.