Followers

Friday, December 16, 2011

Diam-diam Ubi Berisi

Kadang-kadang ada idea sangat dihargai kerana dikongsi bersama, tetapi kadang-kadang bila seseorang mengemukakan cadangan seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Tapi juga wujud golongan yang suka bercakap tanpa berfikir bahkan menyinggung perasaan orang lain.

Wujudnya laman sosial di zaman teknologi ini membolehkan kita berkongsi informasi dengan semua orang dengan mudah dan cepat. Tetapi kita sering kali terlupa bahawa segala perkara yang kita kongsi bersama dibaca oleh semua pihak samada kenal atau tidak.

Menjadi seorang mahasiswa di universiti tempatan banyak membuka pandangan saya. Ramai yang cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian ramai dengan mengeluarkan idea-idea yang kadang-kadang memang sangat berterima kasih kerana membawa kebaikan tetapi kadang-kadang hanyalah untuk menunjukkan bahawa kita ini kurang ilmu tetapi mahu 'menyalak'.

Bila kita bercakap secara berfikir, idea-idea yang bagus dan bermanfaat boleh dikongsi. Tetapi apabila bercakap terlalu banyak, makin banyakla salah yang akan mula tertonjol. Lagi-lagi bila masing-masing mengeluarkan ideologi pasal politik, rasa macam semua ikut perasaan. Biarlah dibezakan fakta dan pendapat masing-masing. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Cermin diri sebelum berkata-kata. Berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata di laman sosial kerana sekali dipaparkan, nasi sudah menjadi bubur.