Followers

Wednesday, April 20, 2011

Bila Hati Rasa Sedih

Manusia memang tidak terlepas dari berasa sedih. Bila hati rasa sedih seolah-olah semua perkara yang terjadi semuanya serba tak kena. Begitu sakit di hati hanya Allah Maha Mengetahui. Bila rasa sedih, Allah tempat kita mengadu, tempat kita meminta, tempat kita bermanja dan tempat kita akan merasa ketenangan yang kita perlukan. Allah sentiasa menghantar pertolongannya dari pelbagai sumber dan cara yang tidak disangka-sangka.

Sedih itu selalu terjadi ketika kita ditimpa musibah atau dilanda masalah. Samada kita cukup kuat atau tidak untuk menghadapinya. Tetapi saya percaya Allah tidak pernah menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu untuk hambaNya pikul. Itu yang menjadikan saya lebih kuat dan bersedia.

Tetapi, saya juga insan yang lemah. Hati juga akan berasa sedih ketika melihat sesuatu yang kita begitu sayangi, begitu hargai dengan sepenuh hati rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Mungkin Allah nak mengingatkan saya tentang semua di dunia ini hanya sementara. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu harta itu.

Di zaman para sahabat dulu, jika seseorang meminta sekalipun barang atau harga yang paling mereka suka dan sayang, tanpa berfikir panjang mereka akan terus berikan kepada orang itu. Tapi saya masih tidak mampu untuk mencapai tahap keimanan seperti mereka Ya Allah. Engkau bantulah hamba Mu ini.

Biar hati rasa sedih, langkah rasa berat, akan tetap ku teruskan langkahku bergerak ke hadapan dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa bila Allah menarik sesuatu akan datang yang lebih baik buat diri ku ini. InsyaAllah. Allahualam.

Monday, April 18, 2011

Paintball Negeri Sembilan

Kepada semua peminat sukan paintball di Negeri Sembilan atau di mana-mana sahaja anda berada. Kami memberi tawaran pakej hebat untuk anda bermain paintball:

Package A: RM50sahaja (100pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball
Package B: RM75sahaja (300pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball
PAckage C: RM100sahaja (500pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball

Kami beroperasi di Kuala Pilah, bersebelahan Kem 508, Jalan Bukit (Berdekatan Mahkamah daerah Kuala Pilah). Hubungi kami segera untuk tawaran istimewa ini di talian 012-9723848 Syahzlan.

Thursday, April 7, 2011

Paintball Amal

Setelah lama menunggu kelulusan daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah, akhirnya dapat juga surat pengesahan untuk permohonan memperkenalkan sukan paintball kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Pilah.

Usaha ini merupakan langkah pertama dalam tahun 2011 untuk pengumpulan dan pencarian dana untuk menampung perbelanjaan segala aktiviti Yayasan Kasih Sayan Negeri Sembilan. Usaha pengumpulan dana ini membolehkan YKSNS untuk bergerak lebih aktif dalam kerja-kerja sukarela terutama dalam menjaga kebajikan saudara baru di Negeri Sembilan.

YKSNS menyedari kita perlu mempunyai dana sendiri untuk bergerak dalam kerja sukarela yang semakin diperlukan pada masa kini. Oleh itu telah terlaksana projek sukan paintball di mana YKSNS memperuntukkan sejumlah wang pendahuluan sebagai modal untuk memulakan perniagaan Paintball yang diberi nama YKSNS Paintball Jungle Park.

Meneruskan kesinambungan daripada kerja yang ditinggalkan staff dahulu, langkah yang diambil adalah dengan mengusulkan penubuhan Kelab Briged Inspirasi Remaja YKSNS di mana kelab ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan buat YKSNS malah ini juga merupakan langkah untuk mendekati remaja dan bersama-sama sebagai teman untuk membimbing remaja supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi pada hari ini.

Diharap pihak sekolah di sekitar daerah Kuala Pilah dapat memberi kerjasama yang baik dalam merealisasikan impian murni Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ini. Penubuhan Kelab ini akan membawa manfaat kepada ahlinya di mana ahlinya akan layak untuk menyertai:

a. Permainan Paintball
b. Kursus Motivasi & Kepimpinan
c. Bengkel Kemahiran
d. Lawatan Sambil Belajar
e. Perkhemahan
f. Aktiviti-aktiviti lain yang akan dirancang dari masa ke semasa

Kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak dalam Kelab Briged Inspirasi Remaja YKSNS ini boleh menghubungi saya (Muhammad Syahzlan Bin Abdullah) di talian 012-9723848.

InsyaAllah saya akan mula bergerak dari sekolah ke sekolah di sekitar Kuala Pilah untuk memanjangkan usul kepada pihak pentadbiran sekolah dan merangka apa-apa sahaja yang akan memberi manfaat kepada remaja-remaja pada masa kini.