Followers

Thursday, April 21, 2011

Persoalan Yang Selalu diajukan berkenaan Muallaf

Selalu orang bertanyakan soalan seperti apa pendapat Ustaz berkenaan dengan seseorang itu memeluk agama Islam kerana mahu berkahwin semata-mata? Isu sebegini bagi saya tidak seharusnya timbul. Kita perlu faham tanggungjawab kita sebagai saudara sesama Islam dan itulah aset paling berharga yang perlu kita jaga.

Mari kita menyegarkan fikiran sebentar dan berfikir sejenak. Adakah Islam itu hanya untuk kita? Sememangnya hak exclusive Islam itu hanya ada pada orang yang kehendaki untuk memilikinya. Contoh yang paling nyata boleh diambil adalah kisah Bapa Saudara Nabi junjungan kita sendiri Muhammad SAW. Walaupun Nabi SAW kekasih Allah sekalipun tidak akan mampu untuk memastikan seseorang itu akan memeluk agama Islam tanpa keizinanNya.

Islam datang dalam pelbagai cara yang Allah kehendaki. Salah satu daripadanya adalah melalui perkahwinan. Walaupun kita berpendapat bahawa seseorang itu hanya memeluk agama Islam kerana perkahwinan tetapi kita sepatutnya sedar bahawa jika tidak diizinkan Allah, adalah mustahil bagi orang itu untuk mengucap 2 kalimah syahdah.

Cara lain penyebaran Islam yang mendorong seseorang untuk menerima agama Islam juga tidak hanya kerana perkahwinan, tetapi juga melalui pergaulan dengan masyarakat Islam, pengaruh keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Ada juga golongan yang mendapat hidayah ketika mereka mendalami ilmu dan ada juga yang ketika mereka dilamda musibah. Semua itu adalah kekuasaan Allah. Allahuakbar.

Kadang-kadang ada juga isu bahawa seseorang itu memeluk agama Islam kerana tertarik dengan duit zakat. Saya harap kita tidak salah tafsir perkara ini kerana itu juga dirancang oleh Allah swt untuk memberi hidayah kepada mereka yang Dia kehendaki. Maka sudah menjadi tanggungjawab kepada kita yang telah berada di jalan Allah ini, jalan agama Islam yang suci untuk membimbing mereka. Itu adalah amanah yang Allah swt beri kepada kita selaku khalifah di muka bumi ini. Semua orang wajib berdakwah biarpun sepatah ayat.

Saya berharap kita dapat mengubah pandangan kita daripada persepsi negetive kepada positive agar tidak timbul buruk sangka dan kita sentiasa bantu membantu sesama kita. Bayangkan seseorang yang baru memeluk agama Islam, mereka tidak ada sesiapa melainkan kita SAUDARA SESAMA ISLAM. Untuk memilih agama, mereka telah berkorban meninggalkan segala-galanya jadi mengapa harus kita mempertikaikan dan membawa isu mereka ini memeluk Islam?

Jika hidayah Allah itu sampai, kita kena segerakan. Jangan ditangguh-tangguh. Jika kita mendengar khabar bahawa seseorang itu mahu memeluk Islam, kita bantu mereka dan bimbing mereka. Of course RAIKAN mereka. Kita bersyukur kerana saudara kita semakin bertambah sama seperti ada kelahiran baru dalam keluarga. Sama-sama kita beramal ibadat. InsyaAllah, Allah akan memberikan pertolongan kepada hambaNya.

Wednesday, April 20, 2011

Bila Hati Rasa Sedih

Manusia memang tidak terlepas dari berasa sedih. Bila hati rasa sedih seolah-olah semua perkara yang terjadi semuanya serba tak kena. Begitu sakit di hati hanya Allah Maha Mengetahui. Bila rasa sedih, Allah tempat kita mengadu, tempat kita meminta, tempat kita bermanja dan tempat kita akan merasa ketenangan yang kita perlukan. Allah sentiasa menghantar pertolongannya dari pelbagai sumber dan cara yang tidak disangka-sangka.

Sedih itu selalu terjadi ketika kita ditimpa musibah atau dilanda masalah. Samada kita cukup kuat atau tidak untuk menghadapinya. Tetapi saya percaya Allah tidak pernah menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu untuk hambaNya pikul. Itu yang menjadikan saya lebih kuat dan bersedia.

Tetapi, saya juga insan yang lemah. Hati juga akan berasa sedih ketika melihat sesuatu yang kita begitu sayangi, begitu hargai dengan sepenuh hati rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Mungkin Allah nak mengingatkan saya tentang semua di dunia ini hanya sementara. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu harta itu.

Di zaman para sahabat dulu, jika seseorang meminta sekalipun barang atau harga yang paling mereka suka dan sayang, tanpa berfikir panjang mereka akan terus berikan kepada orang itu. Tapi saya masih tidak mampu untuk mencapai tahap keimanan seperti mereka Ya Allah. Engkau bantulah hamba Mu ini.

Biar hati rasa sedih, langkah rasa berat, akan tetap ku teruskan langkahku bergerak ke hadapan dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa bila Allah menarik sesuatu akan datang yang lebih baik buat diri ku ini. InsyaAllah. Allahualam.

Monday, April 18, 2011

Paintball Negeri Sembilan

Kepada semua peminat sukan paintball di Negeri Sembilan atau di mana-mana sahaja anda berada. Kami memberi tawaran pakej hebat untuk anda bermain paintball:

Package A: RM50sahaja (100pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball
Package B: RM75sahaja (300pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball
PAckage C: RM100sahaja (500pallets) - Termasuk peralatan paintball dan penggunaan tapak paintball

Kami beroperasi di Kuala Pilah, bersebelahan Kem 508, Jalan Bukit (Berdekatan Mahkamah daerah Kuala Pilah). Hubungi kami segera untuk tawaran istimewa ini di talian 012-9723848 Syahzlan.