Followers

Sunday, January 31, 2010

Higher National Diploma - Further study overseas with Edexel!

We as HND students mostly are not exposed with our advantages to further studies overseas. I'm lucky to have my senior having meeting last saturday with representative of Edexcel and also Asian Region HND representative. They had provide all the information needed for us to do "top-up" degree (because we are HND!!!) for only 1 year. Actually there are a lot of university overseas that accept us(HND students).

The main university of course is Bradford. But can we afford it? That's the question made by our senior. They asking on which university is affordable and cheapest for us to go. The answer is Glyndwr University. I'm not sure either it is located in Manchester United or Manchester City. Tapi jangan risau memang diiktiraf oleh LAN@MQA. Naik flight dalam 14 jam++ dari Malaysia (transit kat Dubai). Dari Airport situ ke U dalam 40minit jer.

We need at least Merit which means 3.00cgpa to further study overseas. But don't worry, they will have another top-up program for those who are in Pass(2.00 and above). There are 2 package that only differ in room either single person room or 2persons room. But approximate RM60k loan are needed (fees and cost of living). We need to find the loan ourself but Edexcel recommended Bank Rakyat and Am Bank (low interest rate).

Seterusnya adalah berkenanaan proses-proses yang perlu kita buat untuk further study:
Untuk badge saya, saya akan arrange untuk kita buat perjumpaan supaya kita dapat information terus daripada wakil-wakil Edexcel.

Saya dapat information yang segala pengurusan akan dilakukan oleh pihak edexcel. Mereka sangat mengalu-alukan student HND Malaysia untuk further oversea. Bulan 4 isi application form, mereka akan refer Pn Aslina untuk dapatkan profail dan segala maklumat kita. Kita akan dapat offer letter dalam 3minggu masa bekerja. Dalam masa yang sama kita kena cari loan sendiri. Pihak edexcel akan bekalkan segala maklumat untuk meyakinkan pihak bank seperti maklumat pembelajaran dan kos-kos yang diperlukan. Kalau xde masalah bulan 6 kita akan ke Edexcel lagi untuk buat visa(lebih murah kalau minta Edexcel uruskan). Kalau semua berjalan lancar akan ada taklimat akhir sebelum bertolak ke oversea bersama pihak Edexcel. Intake hanya pada bulan 9 sahaja dan berlangsung kira-kira setahun sehingga bulan 7 tahun berikutnya. Kita akan didedahkan dengan suasana dan peralatan yang diperlukan. Hostel di situ complete tempat tidur dan dapur + pemanas (sejuk beb kat situ).

Pihak Edexcel akan guide kita dari A to Z. Mereka akan tolong kita sehingga kita selamat sampai. Pihak Edexcel di luar negara akan menjemput kita di airport dan bawa kita terus ke University uruskan kita dan segala-galanya. Bagi sesiapa yang berminat bersedialah untuk berpisah dengan keluarga selama setahun (10bulan). Lagi1, beras situ sangat-sangat mahal jadi biasakanlah diri makan roti ye.

Mungkin itu je maklumat yang dapat saya kongsi buat masa ni. So for those who aimed to further study oversea, jom sama-sama usaha naikkan pointer kita. Mungkin sekarang agak blur dengan information yang xcukup ni, tapi jangan risau, kita dah ade platform untuk kita bergantung. For now, focus study! After finish study this year, stay in contact with me and I will help you all including for myself to make appointment with Edexcel representative in Kuala Lumpur to get straight and more reliable information.

Thursday, January 28, 2010

Betul ke manusia berubah lepas dapat jawatan?

Hari ini nak berkongsi pendapat mengenai perubahan diri samada negatif ataupun positif apabila kita mendapat sesuatu jawatan tinggi. Sedar ataupun tidak (hakikatnya) hal ini berlaku tanpa disedari. Jawatan yang pada asalnya diwujudkan untuk memberikan tanggungjawab pada seseorang dan bukanya membenarkan seseorang bertindak sewenang-wenangnya. Tanggungjawab yang diberikan haruslah dijadikan keutamaan dan bukannya kebanggaan kerana duduk di sesuatu jawatan.

Saya melihat suatu perubahan yang sangat ketara di kalangan kawan-kawan saya selepas mereka bertanding untuk jawatan. Kegilaan terhadap jawatan yang menjadi priority utama mereka dan bukannya berfikir kaedah untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Perkara kedua yang saya nampak adalah mereka tidak lagi duduk dan berborak bersama orang-orang tidak berjawatan seperti saya seperti mana yang biasanya dilakukan dahulu. Untuk menyingkirkan pesaing mereka sanggup menggunakan apa saja cara termasuklah mengada-adakan cerita yang tidak betul untuk mendapat perhatian daripada orang ramai. Tidakkah kita sedar dengan apa yang membawa-bawa diri kita ini?

Walau bagaimanapun saya tetap mendoakan kejayaan dan anda semua dipermudahkan jalan agar dapat menjalankan dan menyempurnakan tugasan serta tanggungjawab yang diberikan.

Monday, January 25, 2010

Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Kawal Emosi!

Kita sebagai manusia mesti akan melakukan kesalahan. Tapi fikirkan elakkan dan hindarilah diri kita daripada melakukan kesalahan terutamanya bila berkata-kata (lidah itu lebih tajam daripada pedang). Allah menganugerahkan otak kepada semua manusia supaya boleh berfikir dengan baik dan mampu menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Janganlah kita mensia-siakan anugerah Allah itu.

Apa yang ingin diperkatakan ini mungkin ada kaitan dengan isu penahanan penulis blog akibat penulisan yang menghina tetapi tidaklah bertujuan untuk mengulas mengenai kes tersebut. Saya hanya ingin berkongsi bahawa kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan Allah. Kita tidak boleh sama sekali mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas seseorang biar sejahat mana pun dia dan sepatutnya kita mendoakan supaya Allah memberikan petunjuk agar dia dapat kembali ke jalan yang benar. Janganlah pula kita mengeruhkan lagi air yang sudah pun keruh dengan hasutan dan makian. Tidak juga kita menerima apa-apa faedah daripada perbuatan kita itu.

Kita sebagai ISLAM wajib menasihati dan membimbing rakan-rakan yang sesat ke jalan yang benar dan bukannya menggalakkan ataupun memaki hamun terhadap perbuatan salah itu. Kita juga harus hidup berkasih sayang antara kita dan sentiasa memaafkan kesalahan orang. Perkara-perkara lain seperti dosa mahupun pahala bukanlah kuasa kita untuk memperkotak-katikkan. Kita berserah sahaja kepada Allah yang Maha Esa.

Perkara terakhir adalah kita dilarang sama sekali menghina agama yang dianuti oleh setiap orang. Kita tidak boleh meruntuhkan rumah ibadat orang lain. Kita tidak boleh mengutuk agama orang lain. Kita seharusnya berkata-kata benda yang baik dan bukannya mengikut emosi dan terus menghina orang lain. Itu adalah perkara yang ternyata salah. Berserahlah kepada Allah dan berdoalah agar kita dihindari daripada melakukan semua perkara yang dimurkai-Nya. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kejahilan saya.

Wednesday, January 20, 2010

Backlink Exchange Program

Artikel mengenai cara Backlink Exchange ini saya terjumpa dalam internet, original source sorry tak ingat. Yang saya ingat saya terjumpa kat artikel blog Kak Ngah. Kesahihan dan keberkesanan tips ini juga saya sendiri tak tahu dan saya ingin mencuba dan menyebarkan tips ini kepada yang lain.

Saya sendiri tak tahu apa itu Backlink, tapi bunyinya macam penting untuk meningkatkan traffic blog. Mungkin kepada readers yang lain boleh menambah lagi information untuk dikongsikan bersama nanti.

Cara-cara untuk Membuat Backlink Exchange:

Step 1
Copy and paste artikel ini atau taip artikel sendiri mengenai Backline Exchange.

Step 2
Copy and paste list of bloggers di bawah ini tanpa mengubah URL blogger-blogger tersebut.

Step 3 (Optional)
Lebih senang jika anda meletakkan menu/tab atau shortcut link baru di blog anda sebagai Backlink Exchange untuk blogger lain melawat post ini.

Senarai Blogger
1. Kak Ngah
2. Laptop.ez
3. RumahKaca.MP3
4. Charity and Business
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

**Saya memulakan Backlink Exchange ini dengan Blog Kak Ngah kerana saya terjumpa artikel ini di blog beliau**