Followers

Monday, November 29, 2010

KPMSI - HND Business & Marketing

Salah satu kursus ditawarkan di KPM Seri Iskandar adalah HND Business & Marketing. Apa bezanya HND dengan diploma biasa? HND adalah diploma international yg diiktiraf di seluruh dunia tetapi diploma biasa hanya diiktiraf di Malaysia. (correct me if i'm wrong) of course HND will be a little bit tough compare to normal diploma. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun setengah di mana setahun setengah di peringkat foundation (FHND) manakala 2tahun lagi bagi HND.

Dalam HND Business & Marketing, pelajar akan didedahkan dengan subject2 asas perniagaan dan pengkhususan dalam Marketing. Kita juga akan belajar subjek2 asas dalam computer (database, SPSS, HTML dan sbgainya. Business & Marketing adalah satu subjek yang sangat menarik di mana kita akan didedahkan dengan realiti dan senario sebenar di dalam Malaysia dan juga luar negara.

Dalam HND, kita akan didedahkan lebih kepada kerja kursus (assignment) berbanding peperiksaan (test). Kita akan didedahkan lebih kepada praktikal dalam perniagaan, event management dan sebagainya. Subjek itu sendiri sebenarnya membawa manfaat di mana HND membolehkan kita melanjutkan pelajaran ke peringkat degree di luar negara hanya selama 9bulan tetapi jika di Malaysia akan memakan masa sehingga 3tahun untuk peringkat degree.

KPMSI is a very nice place for learning and studying, although lacking some facilities such as small library but lecturers are very committed in helping students and guiding students to understand in their studies. InsyaAllah if you are there with the right will (niat yang betul), you will success. Xde benda yang senang dalam dunia tapi kalau ada usaha, mesti boleh berjaya.

Pada yang tidak tahu apa itu KPM Seri Iskandar, KPM stands for Kolej Profesional MARA (MARA Professional College) and Seri Iskandar is the place of the college. KPM is one of the academic institute created by MARA to help bumiputra in Malaysia to create entrepreneurs among all the teenagers. For more information you can go to MARA website or go to the nearest MARA office to ask for more details on the requirement to enter KPM.

Monday, November 15, 2010

To HOPE 2010 Commitee Members

Saya dah include skali link untuk anda download Kertas Kerja HOPE 2010. Dalam kertas kerja ni ada lah information budget, program dan apa-apa saja yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat report event HOPE 2010. Selamat maju jaya!

Download Kertas Kerja HOPE 2010

Sunday, October 24, 2010

HOPE 2010

Dengan kerjasama seluruh pelajar kursus Business & Marketing, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar semester akhir batch SHM07-07, satu event membawa nama HOPE 2010 akan diadakan pada 30hb Oktober 2010 bertempat di KPM Seri Iskandar sendiri bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 12.00malam.

HOPE 2010 membawa maksud Humanity, Outstanding, Passion dan Entrepreneurship dan 2010 menunjukkan tahun event tersebut diadakan. HOPE 2010 menggabungkan beberapa aktiviti untuk menjayakan dan menarik minat pengunjung dari seluruh Perak khususnya Perak Tengah.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut:
1. Seminar Keusahawanan "Islam - Way of Business"
2. Karnival Kerjaya dan Pendidikan
3. Ekspo
4. Futsal Lelaki dan Perempuan
5. Pemeriksaan kesihatan
6. Pameran Polis dan Bomba
7. Live Band
8. Cabutan bertuah
9. Pertandingan PES (Pro Evolution Soccer)
10. Autoshow

Semua aktiviti ini dirancang dan kami turut menjemput semua penduduk di sekitar Perak mahupun di mana2 sahaja untuk datang memeriahkan lagi event kami. Semua pengunjung boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan tapi bergantung pada terma dan syarat.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Syahzlan 012 9723848. InsyaAllah saya akan cuba menjawab semua pertanyaan anda. Jemput semua untuk sama-sama memeriahkan HOPE 2010 ^^ 

Saturday, October 23, 2010

Seminar Keusahawanan "Islam - Way of Business"

Kepada usahawan-usahawan muda di sekitar Perak atau di mana-mana sahaja, kami akan menganjurkan satu seminar seperti berikut:
Tajuk: "Islam - Way of Business"
Tempat: DK2, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
Tarikh: 30hb Oktober 2010
Masa: 8.00pg - 5.00ptg
Bayaran: RM50.00 sahaja (termasuk minum pagi, sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang) dan peralatan semasa seminar

Untuk pengetahuan semua, seminar ini dianjurkan bagi membantu memberikan pengetahuan dan panduan buat semua peserta-peserta seminar untuk lebih didedahkan dengan alam perniagaan.

3 slot akan diberikan untuk memaksimakan pengisian di dalam seminar. Slot pertama akan dikendalikan oleh wakil AKPK, syarikat swasta untuk memberikan penjelasan dan pembentangan mengenai hal-hal pengurusan kewangan. Peserta akan didedahkan dengan lebih mendalam bagaimana untuk menguruskan aliran wang dalam perniagaan agar dapat berkembang lebih maju.

Slot kedua pula dikendalikan oleh Tuan Haji Hassan B Shafee, seorang usahawan berjaya dalam bidang Perabut. Beliau merupakan pemenang anugerah MARA sebelum ini. Beliau akan berkongsi mengenai liku-liku dan pahit manis pengalaman beliau berkecimpung di dalam alam perniagaan. Pengalaman-pengalaman beliau selama ini akan dikongsi bersama para peserta. Para peserta dapat mencontohi beliau dari segi menguruskan masalah-masalah sepanjang menguruskan perniagaan beliau.

Manakala slot ketiga pula akan dikendalikan oleh peguam, Encik Shahrul Mizan Bin Ismail yang sudah tidak asing dengan bidang Undang-undang perniagaan bersama rakan-rakannya. Sesi ini akan melibatkan soal jawab dan perbincangan mengenai undang-undang dalam perniagaan. Para peserta akan diberi peluang untuk mengemukakan soalan-soalan berkaitan perniagaan.

Penyertaan masih dibuka dan tempat hanya terhad kepada 150orang sahaja. Bagi sesiapa yang berminat, jangan melepaskan peluang ini dan segeralah menghubungi pihak urusetia di talian 012-9723848, Syahzlan. Penyertaan anda adalah amat digalakkan dan anda dijamin tidak akan menyesal untuk menyertai seminar ini.