Followers

Monday, January 11, 2010

Budaya "Couple"

Masyarakat kita pada hari ini tidak asing lagi dengan perkataan "couple". Couple juga bermaksud pasangan dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini seringkali digunakan oleh remaja untuk menjadi pasangan antara lelaki dengan perempuan. If sama jantina saya xtaw pula la pakai perkataan apa. Budaya bercouple sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini bahkan seperti sudah menjadi kewajiban terutamanya bagi golongan remaja. Saya bukan la pakar untuk menjodohkan orang mahupun saya sendiri yang mencari jodoh tetapi apa yang cuba disampaikan adalah hakikat sebenar yang terjadi tanpa kita sedari yang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Jika dikaji lebih 70% remaja yang mempunyai pasangan sendiri. Semestinya sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk mencari kasih sayang dan pada lelaki untuk mencari pasangan perempuan dan sebaliknya. Tidaklah saya berkata saya ini sempurna tidak pernah melakukan kesalahan tapi sebenarnya couple menjurus atau pun membawa kita ke lembah zina. Terimalah hakikat bahawa budaya couple lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Pada asalnya tidak kira samada lelaki mahupun perempuan berasa teruja untuk memiliki pasangan masing-masing selepas melihat rakan-rakan turut mempunyai pasangan sendiri. Dengan memiliki pasangan sendiri dalam pandangan kita sendiri bahawa kita akan lebih disayangi dan kita juga diberi lebih perhatian. Kita juga berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Keadaan itu akan membuatkan kita lebih yakin dan percaya antara satu sama lain.

Apa salahnya percaya pada pasangan kita??? Inilah selalunya persoalan yang dianjurkan tetapi pernah kita fikir sendiri adakan hubungan kita ini akan berkekalan? Pernahkan kita merasakan perhubungan kita dilihat Allah S.W.T? Pernah kita menilai hubungan kita itu baik ke buruk? Atau dimudahkan kata pernahkah kita berfikir apa yang kita berikan itu berbaloi untuk hubungan sekadar belum tentu akan berkekalan? Kesedaran individu ke arah keagamaan perlu wujud agar dapat mewujudkan hubungan yang diredhai Allah S.W.T.

Saya menyaksikan sendiri dengan mata saya pergaulan yang semakin berleluasa tanpa memikirkan halal haram  antara lelaki dan perempuan dalam perhubungan. Tanpa kita sedari dalam kekhusyukan kita menjalinkan hubungan kita berada di dunia dan alam kita sendiri di mana pasangan kita itu adalah segala-galanya. Selepas itu, hubungan akan semakin rapat dan menjurus kepada perkara yang tidak diingini iaitu persetubuhan. Mungkin di pemikiran kita orang lain tidak nampak dan tidak tahu akan perbuatan kita. Tapi terbukti juga hal-hal seperti ini dengan berlakunya kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Berdosakah bayi yang baru dilahirkan itu? Dibunuh dengan kejam tanpa mengenal dunia ini lagi?

Islam agama suci telah memberi kita petunjuk dan jalan serta melarang kita mendekati zina. Jika kita tidak mampu untuk mengawal budaya "couple" ini kita boleh beriktihar dengan cara lain yang difikirkan dapat mengelak kita dari terjelumus ke lembah kegelapan ini. Bila keluar seeloknya bagi perempuan bawalah mahram bersama kerana jika berdua akan wujud orang ketiga iaitu syaitan. Pada lelaki yang berkeinginan dan tidak mampu mengawal nafsu lagi dinasihatkan supaya berkahwin segera. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang dilarang Allah S.W.T. Pada yang tidak berkemampuan untuk berkahwin, berpuasa lah kita agar dapat mengawal nafsu kerana hanya dengan berpuasa lah cara untuk mengawal nafsu. Banyakkan mendalami ilmu agama, berdoa pada Allah supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang dimurkai-Nya.

Nasihat pada semua pasangan-pasangan di luar sana, fikirlah sehabis baik sebelum melakukan sesuatu tindakan. Janganlah apabila nasi menjadi bubur barulah mahu menyesal. Ketika itu semua sudah terlambat dan yang rugi di dunia adalah perempuan tapi di akhirat sama-sama akan berada dalam keadaan yang sangat rugi.

No comments:

Post a Comment

Write your comment here!