Jenayah pembuangan bayi semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Banyak berita ditayangkan di media massa dengan cerita-cerita yang sungguh menyayat hati. Mengapa kita sanggup untuk membuang darah daging sendiri dan dibiarkan mati digigit semut? lemas? tanam? malah ada yang lebih kejam "Membakar"??? Astagfirullah...
Beristighfar la kita wahai rakan-rakan pembaca. Dunia hari ini da semakin kejam. Banyak perkara jenayah makin berleluasa dan tidak dapat lagi untuk dikawal. Bayi-bayi yang tidak berdosa dijadikan mangsa akibat terjebak dengan gejala seks sebelum nikah. Untuk menutup malu yang ditanggung tanpa disedari manusia telah bertindak lebih kejam berbanding binatang pada masa kini.
Bayi oh bayi, malang sungguh nasib anda. Belum sempat melihat dunia, belum sempat melihat rupa paras ibubapa anda, anda telah dibunuh dengan kejamnya. Mengapa perlu begini? Bayi-bayi kecil itu juga mempunyai hak untuk terus hidup, hak untuk membesar.
Banyak institusi yang dibina untuk mengelakkan perkara pembuangan bayi dan dosa-dosa ini daripada terus dilakukan. Antaranya adalan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Ada dikalangan kita yang menyedari betapa kasihan dan perlunya kita untuk mengatasi jenayah-jenayah ini. Dalam Islam sendiri ada mengatakan kita perlu bertaubat sepenuh hati untuk mendapat kemaafan daripada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bertaubatlah sesungguhnya Allah penerima segala taubat.
Institusi kebajikan ini ditubuhkan bukanlah untuk menggalakkan lagi berlakunya zina dan seks sebelum nikah tetapi adalah ruang dan jalan untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru jenayah pembuangan bayi ini tidak seharusnya berlaku. Janganlah anda menjadi lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan membuang bayi dan beriktiharlah untuk mencari jalan penyelesaian yang diredhaiNya.
aku pn dah tau apa nak jd dengan si b*****g yg buang n bunuh anak ni.. nape lah di buang anak yg tak berdosa ni?? tak nak, bg aku!eeeeeeeeee..
ReplyDeleteyup.. betul tu.. banyak lagi tempat yang disediakan untuk mengelakkan berlaku jenayah pembuangan bayi... jgnlah kita jadi pembunuh...
ReplyDeletesamelah..aku pn x suke gak! ape lah dorang ni.. x de akai!
ReplyDeletebila dosa dan pahala tak lagi mmberi kesan apa2..bila nafsu da menguasai diri hilang suda maruah diri...xcukup dgan dosa berzina ditambah lak ngan dosa membunuh...haiwan pun tau sayangkan anak2..
ReplyDeleteharap pada sesiapa yg ingin berubah, jgn buat perkara kejam seperti ini. anda masih mempunyai tempat, hubungi NGO2 mereka sudi menghulurkan bantuan dan perlindungan.
ReplyDelete