Followers

Saturday, October 23, 2010

Ape nak buat nasib badan

Rajin pula aku nk menaip malam2 buta nie. Nk tido hati xsenang. So nk story sket la.. haha...

Fitnah.. uishhh lagi besar dosanya daripada membunuh... takut-takut.
Semua orang cakap mulut orang memang xleh tutup, tapi aku xpena percaya semua tu. Sbb aku taw semua orang Islam ade pegangan. Jaga sesama kita, bangunkan umat kita, tolong sesama kita.

Xnk la cite perkara negatif dalam blog nie, mencemarkan nama je. Macam-macam perkara kita tempuhi semasa hidup di dunia yang sementara ni. Ade yang manis xkurang juga yang pahit. Allah jadikan semua perkara ade hikmahnya. So apa yang kita perlu buat, fikir dari segi positive, ambil yang baik buang yang buruk. Macam mane? Latih emosi kita, jangan panas baran, jangan ikut hati sebab ade orang kata ikut kata binasa, ikut hati mati. isk2...

Nak jadi seorang ketua/pemimpin yang baik tidak lah begitu mudah. Banyak perkara perlu diambil kira, dilayan, diselesaikan, dan segala "di" la... Sambil-sambil buat kerja lebih baik kalau kerja berpasukan daripada kerja berseorangan, tapi masih ade orang yang masih memilih untuk kerja berseorangan tapi kenapa? Sebab semua tu dapat elakkan masalah konflict dalaman, fitnah dan sebagainya. Kerja sorang2 xde tekanan. Sebab semua kita je yang buat, xperlu nk jaga hati sapa2.

Tapi memang ego manusia, bila ditegur, xleh terima. Itu xkena ini xkena. Sayang semua tu berlaku. Sebab adenya ego yang tidak dikawal, kita tidak mampu majukan diri masing-masing. Kita juga leka sehingga membuat dosa2 yang tidak kita sangka. Astagafirullahalazim... Harap2 semua kawan-kawan aku dan muslimin muslimat sekalian tidak la sebegini. Amin.

Saya sendiri seronok bila bekerja berkumpulan. Macam-macam ragam, macam-macam idea. Semuanya tidak dapat dijangka. Semua memberi cabaran untuk saya terus belajar, terus tabah. Kekuatan itu bertambah bila kita yakin pada Allah, yakin pada semua ketentuanNya dan juga kerana adanya sokongan rakan-rakan yang lain. Biarpun letih macam mane pun, saya xpernah rasa nak mengalah, rasa nak putus asa, sebab bila bersama rakan-rakan yang mempercayai saya, saya rasa kuat. Biasa la ade masalah juga akan timbul tapi janganlah kita cuba nak memperbesar2kan lagi. Kita da besar bukan masih kanak-kanak. Kawan-kawan semua doakan lah yer untuk saya. Doakan saya menjadi lebih baik dan dijauhkan daripada segala perkara yang tidak dingini.

Kena ade penutup ke? Formal sangat lak. Haha... Saya cuma manusia biasa, dan saya masih belajar dan akan terus belajar. Harap semua beri tunjuk ajar dan sama-sama kita menjadi lebih baik untuk hari esok yer...
Terima kasih kerana membaca! ^^

No comments:

Post a Comment

Write your comment here!