Sesungguhnya mana-mana umat yang kembali ke jalan Allah swt, Allah akan mengampunkan dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan di dunia ini. Itulah yang ayat yang sering saya dengan apabila saya memeluk Islam 5 tahun dahulu. Pada masa itu banyak kekurangan yang dihadapi akibat kurang kesedaran dan bantuan daripada mana-mana pihak tidak kira dari segi pendaftaran mahupun bimbingan. Tapi alhamdulillah Allah swt menunjukkan saya jalan yang lurus dengan menemukan saya kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan di mana Badan Kebajikan Dakwah ini banyak membantu mengurus dan juga membimbing saudara baru di Negeri Sembilan khususnya.
Saya amat bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia nikmat dan petunjukNya saya dapat menjadi diri saya sekarang. Dahulu saya dibantu orang melalui Allah swt, dan kini saya ingin menjadi orang yang membantu kepada sesiapa yang memerlukan bantuan saya selagi mampu di luar sana. InsyaAllah...
Pada semua masyarakat Malaysia yang sudah dibuka hati untuk memeluk Islam mahupun saudara baru di Negeri Sembilan khususnya, saya bersedia memberikan pertolongan selagi mampu. Terdapat beberapa proses dalam memeluk agama Islam yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang ingin memluk agama Islam. Saya akan menceritakan selanjutnya proses-proses tersebut selepas ini. Janganlah risau melihat proses yang akan dinyatakan kerana saya akan membimbing anda daripada awal sehinggalah anda boleh berdikari sendiri, bak kata orang putih from A-Z. Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan masalah yang boleh saya bantu untuk sama-sama kita beriktihar menyelesaikan masalah tersebut. Sila hubungi saya di talian berikut:
Muhammad Syahzlan Bin Abdullah
012-9723848
Pegawai YKSNS
Berikut merupakan Urusan Kemasukan Islam Di Negeri Sembilan:
Arahan Peraturan-peraturan Pentadbiran Bil. ( 19) dlm. PANS. 196(06)622/1 bertarikh 16 Disember 2010 bersamaan dengan 10 Muharram 1432 H
Dokumen yang diperlukan
- Gambar 8 keping ( ukuran lesen memandu )
- Salinan kad pengenalan atau pasport
- Surat kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah ( perintah mahkamah ) sekiranya di bawah umur
- Borang saksi ( jika ada )
Pengakuan Memeluk Agama Islam secara sukarela dan rela hati
Borang yang perlu dipenuhkan
- Borang Maklumat
- Borang Ikrar
- Borang Akuan
- Borang Senarai Semak
- Borang Saksi ( jika ada )
- Surat kebenaran penjaga ( jika berkenaan )
Mendapatkan penerangan kesan memeluk agama Islam kepada penama
- Setelah memeluk agama Islam, penama tidak boleh meninggalkan agama Islam
- Perkahwinan dahulu yang dilakukan oleh pemohon terbatal jika salah seorang enggan memeluk Islam dalam tempoh iddah
- Perkahwinan yang terdahulu hanya perlu didaftarkan di JHEAINS jika pemohon dan pasangan memeluk Islam bersama dalam tempoh Iddah
Sekiranya penama di bawah umur hendaklah memperolehi surat kebenaran ibu bapa dan penjaga yang mendapat hak penjagaan ( perintah mahkamah )
Lelaki atau wanita yang telah berumur 65 tahun ke atas hendaklah mendapatkan surat pengesahan doktor mengenai tahap kesihatan
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas, rela hati memeluk agama Islam dan membawa dokumen yang lengkap hendaklah diuruskan pengIslamannya
Penama hendaklah diajar 2 kali syahada dalam bahasa Arab dan diterangkan maksud 2 kalimah syahadah itu
Setelah itu penama hendaklah membaca Ikrar Orang Yang Memeluk Agama Islam agar faham tanggungjawabnya sebagai seorang muslim
Setelah disyahadahkan sebaik-baiknya dibacakan doa selamat
Maklumkan kepada penama mengenai Mandi Sunat Masuk Islam, Mandi Wajib, Mandi Sunat Taubat
Berikan penama bahan-bahan bacaan, keperluan solat dan jadual kursus
Pastikan dokumen sementara memeluk agama Islam diserahkan kepada pemohon sebagai bukti pengislamannya.
No comments:
Post a Comment
Write your comment here!