Sementara orang ramai sibuk dengan persiapan menyambut bulan Ramadhan, kita dikejutkan dengan satu ribut yang berlaku di Port Dickson (30Julai 2011). Saya agak terkejut dengan berita ini kerana ini pertama kali terjadinya ribut yang saya kira serius berlaku di Port Dickson selepas 8 tahun saya menetap di sini.
Berikut adalah antara gambar-gambar kerosakan lain yang berlaku akibat ribut di Port Dickson, Negeri Sembilan:
Firman Allah SWT :
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (al-Hadid: 22-23)

Beringatlah kita bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, (iaitu) :
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri5. Anak derhaka terhadap ibunya6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

No comments:
Post a Comment
Write your comment here!