Followers

Wednesday, October 6, 2010

Al-Quran - Teman sepanjang hayat

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Thursday, April 22, 2010

Memahami apakah yang lebih penting dalam hidup

Bila diajukan persoalan di atas, aku berfikir dan termenung seketika. Apakah yang dikejar sebenarnya di dalam hidup yang sementara ini. Aku teringat pesanan ayah "Jadikan pencapaian diri sebagai pasangan hidup". Apakah yang harus aku capai dan apakah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar kejayaan?

Aku masih kabur dengan semua perkara yang melalaikan. Aku mula rasa hilang arah tuju, tidak tahu apakah matlamat hidup yang sebenar. Aku mula teringat kata-kata pegangan aku selama ini "Don't afraid of moving slow, but afraid of standing still". Tapi kini ke arah mana perlu aku tujui...

Hatiku berbisik pada diriku yang hina, "jadilah diri sendiri, jangan terpengaruh dengan orang lain, jangan tiru perkara yang tidak berfaedah". Akhirnya, muhasabah diri menjadi penyelesaian bagi segalanya, everyone, not only me, deep inside us, our heart, will always be the guidance, deep inside us, we always wanted to do the right things, deep inside us want to success in our live without regretting it."

Kita manusia hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, selebihnya berserahlah pada Allah. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. For me now, i'll try my best to just focus on my study and abandon all those unnecessary things that will bring me to the wrong side of life.

Saturday, February 20, 2010

Mengapa Buang Bayi?! KEJAM!

Jenayah pembuangan bayi semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Banyak berita ditayangkan di media massa dengan cerita-cerita yang sungguh menyayat hati. Mengapa kita sanggup untuk membuang darah daging sendiri dan dibiarkan mati digigit semut? lemas? tanam? malah ada yang lebih kejam "Membakar"??? Astagfirullah...

Beristighfar la kita wahai rakan-rakan pembaca. Dunia hari ini da semakin kejam. Banyak perkara jenayah makin berleluasa dan tidak dapat lagi untuk dikawal. Bayi-bayi yang tidak berdosa dijadikan mangsa akibat terjebak dengan gejala seks sebelum nikah. Untuk menutup malu yang ditanggung tanpa disedari manusia telah bertindak lebih kejam berbanding binatang pada masa kini.

Bayi oh bayi, malang sungguh nasib anda. Belum sempat melihat dunia, belum sempat melihat rupa paras ibubapa anda, anda telah dibunuh dengan kejamnya. Mengapa perlu begini? Bayi-bayi kecil itu juga mempunyai hak untuk terus hidup, hak untuk membesar.

Banyak institusi yang dibina untuk mengelakkan perkara pembuangan bayi dan dosa-dosa ini daripada terus dilakukan. Antaranya adalan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Ada dikalangan kita yang menyedari betapa kasihan dan perlunya kita untuk mengatasi jenayah-jenayah ini. Dalam Islam sendiri ada mengatakan kita perlu bertaubat sepenuh hati untuk mendapat kemaafan daripada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bertaubatlah sesungguhnya Allah penerima segala taubat.

Institusi kebajikan ini ditubuhkan bukanlah untuk menggalakkan lagi berlakunya zina dan seks sebelum nikah tetapi adalah ruang dan jalan untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru jenayah pembuangan bayi ini tidak seharusnya berlaku. Janganlah anda menjadi lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan membuang bayi dan beriktiharlah untuk mencari jalan penyelesaian yang diredhaiNya.

Friday, February 5, 2010

Think before you TALK!

Actually it is being controlled by our own simple and narrow minded. I feel so sad on behalf of my friend who always blame people and doesn't take positive on others opinion. Another factor that lead people to talk and write such nonsense is because of matured issues. Talking like a 12 years old boy while you are already 21 years old? What are you thinking? Until when you will behave like this?

Another matter is on rules and regulations that being set by others. Why is it so hard to follow the rules and regulations set? How are we going to success if we are still childish and always want people to feed us like a child. We will get angry if issues of bumiputra is on the line but do we really appreciate it if there aren't any issues? Have we gone mad?

To me life is simple. Just think and train yourself to become matured. Don't always think that you are always right. For the sake of yourself, think, think, think before you take any action as it will prevent you from become peoples enemy and damage yourself.