Followers

Wednesday, October 6, 2010

Glyndwr University

25September yang lepas, seramai 6orang pelajar dari KPM Seri Iskandar dan 13 lagi pelajar dari Malaysia telah berlepas ke Manchester bagi melanjutkan pelajaran di Glyndwr University. Walaupun flight delay 23jam tapi alhamdullilah kesemua mereka selamat sampai di destinasi dan telah pn mengikuti kelas dan minggu orentasi sejak27September yang lepas.

Penerbangan yang mengambil masa 7jam ke Dubai (transit) dan 7jam ke Manchester itu diiringi oleh wakil pihak Edexcel iaitu Cik Stephanie sendiri. Beliau bersama pelajar-pelajar dari Malaysia bagi membantu menguruskan pendaftaran, penginapan dan segala keperluan bagi pelajar Malaysia di situ.

Berkongsi sedikit dengan apa yang ada di Glyndwr University...

Kita boleh memilih untuk menginap samada di Standard Accommodation (hostel  biasa) yg disediakan ataupun memilih untuk tempat yang lebih selesa dan selamat Premium Upgrade (Student Village dan Snowdon Hall).

Standard Accomodation
Bayangkan anda menginap di asrama di Malaysia. Perkara yang sama di sana cuma bezanya asrama adalah campuran lelaki dan perempuan. Toilet will be sharing and 2person per room. Security agak rendah as you don't know where u will be placed. Ade dapur dan seperti biasa semuanya berkongsi with everybody.

Premium Upgrade
Yang ini lebih kepada security and privacy. Berbeza dengan Standard Accomodation anda perlu menambah sebanyak 500pound. Tapi bagi saya ianya sangat berbaloi kerana... Bayangkan anda duduk dalam 1 apartment yg mempunyai 6bilik di mana setiap bilik ada bilik airnya sendiri, dilengkapi peralatan dapur dan ade ruang makan. Anda akan diberikan bilik sendiri dan bilik air sendiri. Anda juga akan diberikan comforter, bantal, meja study, katil, heater etc. Internet lak ade direct cabel each room to your own pc/laptop.

Student Village dan Snowdon Hall jika dikira dari segi fasiliti adalah lebih kurang sama cuma yang membezakan pelawat dibenarkan 24jam di Student Village manakala di Snowdon Hall pula pelawat kena la balik sebelum jam 12malam. So security Snowdon is better.

Of course campur lelaki dan perempuan dalam satu tempat tu. Kita kena pandai-pandai bawa diri kita di situ nanti. Tapi bagi saya ade juga kelebihan kerana kita pergi dalam satu kumpulan dapat jaga sesama kita di sana terutama penting bagi golongan lelaki untuk menjaga yang perempuan di sana. Contoh yang penting bagi saya kita pandai bawa diri dan look after each other. Kelebihan lagi satu yang saya nampak adalah - kita dapat jimat duit dari segi makanan sebab kita akan share duit bersama 6orang untuk membeli barang dapur dan masak sendiri.

Regarding studies lak-
Student HND yang masuk Glyndwr nie, akan terus masuk final year (as you had already know). Maknanya ada 2semester la. Setiap semester akan ada 1 subjeck wajib dan 4optional subjek di mana kita pilih 2 daripada 4 itu. Total 1 semester kita belajar 3subjek.

Habis belajar adalah sekitar bulan 7 tahun berikutnya dan graduation adalah pada bulan 11 tidak silap saya, jadi bagi yang nak stay boleh la kerja dulu di UK tu. Tapi yang berminat untuk kerja lama lagi, pihak University menyediakan perkhidmatan sambung Visa selama 2tahun secara percuma untuk kita bekerja di sana nanti.

Harapan saya la bagi KPMSI dengan KPMB yang berminat nak sambung blaja kat UK, baik kita ade contact bersama supaya kita dapat sama-sama bantu membantu. Mungkin masih banyak yang masih keliru mengenai pengiktirafan kursus disana, jadi anda boleh la call pihak JPA sendiri untuk confirmation. Satu sebab lagi adalah kerana Glyndwr dikira University paling murah di sana, wakil Edexcel Malaysia pun akan assist kita 100% so why do we have to choose the others? Fikir-fikirkan la yer...

Total cost yang mungkin kita perlukan saya estimate dalam RM70k. Ini termasukla tiket kapal terbang, tempat tinggal, makan minum dan yuran pengajian + shopping2 sikit la... Bagi yang nak shopping banyak-banyak modal kena besar la... ^^

That's all for now. Do contact, share and correct me if i was wrong. Thanks for reading...

1 comment:

Write your comment here!