Followers

Friday, October 8, 2010

Pentingnya didikan agama diterapkan dalam hidup

Setelah agak lama tidak menulis, saya terasa sudah menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan sedikit sebanyak pemahaman positive. Kenapa rasanya masyarakat sekarang menjadi tidak bertamadun dan sering kali melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah seperti berzina, sumbang mahram, maksiat, curi, judi dan sebagainya?

Hari ini saya mendengar sesuatu yang agak menarik. Ayatnya cuma mudah kenapa masih ade orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Jawapannya adalah mudah skali, kerana kita tidak mencari tuhan.

Setiap sesuatu ade penciptanya. Mari kita sama2 membuka fikiran seketika. Bila kita melihat dahan2 pokok bergoyang secara semula jadinya kita akan berfikir ade awan bertiup. Tetapi bolehkah kita melihat angin? Boleh xkita pegang? Sama juga bila diajukan pertanyaan wujud ke elektrik? Pernah ke kita nampak? Pegang? Jadi tidak semestinya jika kita tidak mampu melihat, memegang sesuatu itu tidak wujud. Tapi kita melihat pada tanda-tandanya. Sama juga seperti kewujudan Tuhan yang mengawal seluruh alam ini. Jadi mengapakah kita masih mempersoalkan samada wujud atau tidak Tuhan itu?

Pensil yang kita guna sekarang ada penciptanya. Tetapi adakah penciptanya rupa sama seperti pensil itu? Adakah pencipta kapal terbang rupanya seperti kapal terbang? Cuba kita berfikir dan kaitkan dengan hidup kita. Adakah pencipta itu menyerupai apa yang diciptanya? Macam mane pula dengan pencipta manusia adakah menyerupai manusia?

Agama mengajar kita untuk berdisiplin. Mengajar kita jalan ke arah kejayaan, ke arah kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Jawapan untuk masuk syurga juga telah diberikan. Cuma manusia yang tidak berusaha mendekatkan diri kepada Allah menyalahkan bisikan syaitan, nafsu dan sebagainya. Bila menunding jari manusia memang nombor 1. Kalau bagi soalan bocor untuk peperiksaan, berlumba-lumba kita untuk cari jawapan, hafal untuk score. Kalaulah setiap kali solat berjemaah tu kita dapat nampak apa yang kita akan dapat tu mesti setiap waktu penuh jemaah-jemaah di masjid-masjid.

Kelebihan utama yang sangat-sangat perlu kita hargai adalah kaedah tutup aurat yang sempurna. Kerana bermula dari situlah akan lahirnya sisa-sisa yang akan menjahanamkan dan menghanyutkan kita. Jika kita menutup aurat dengan sempurna, mengerjakan apa yang disuruh dan meniggalkan perkara yang dimurkai Allah, insyaAllah kita akan selamat dunia akhirat.

Jika semua orang berfikiran waras, mendekatkan diri kepada agama biarpun sedikit (Don't afraid of moving slow, But afraid of standing still) tidak akan berlakulah perkara-perkara kejam seperti buang bayi, sumbang mahram, jenayah dan lain-lain yang tidak diingini. Janganlah sehingga kita melebihkan adat daripada agama. Berubah la wahai pembaca dan kawan-kawan sekalian. Biarpun selangkah, mulakan dengan mandi dan solat sunat taubat. Jangan tinggal solat lima waktu kerana itulah tiang agama yang menghindarkan kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini... Amin...


No comments:

Post a Comment

Write your comment here!