Followers

Sunday, August 14, 2011

Lawatan Amal Kelab Kawasaki Ninja 250R Malaysia


Hari ini, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan menerima kunjungan daripada Kelab Kawasaki Ninja 250R Malaysia bersempena program amal anjuran bersama. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Hj Adnan Bin Hj Hasan, Adun Pilah.













Konvoi dimaklumkan bertolak dari Seremban sekitar jam 12.30tgh dan tiba di Masjid Tok Muar tepat jam 1.00ptg. Konvoi Kelab ini diiringi oleh 3 buah motosikal berkuasa tinggi polis dan sebuah kenderaan polis. Turut serta dalam konvoi juga beberapa kereta yang membawa keluarga.


Sebanyak 50 buah motosikal Kawasaki Ninja berjaya menyertai program ini. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur. Saya melihat satu pendekatan baru ke arah dakwah yang berjaya dicapai melalui penubuhan kelab ini yang lebih kepada minat dan hobi masing-masing. Ini dapat menarik minat lebih ramai peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi untuk bersama-sama dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah selain daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain dalam kelab tersebut.

Bersama-sama lah kita memanfaatkan apa jua cara dalam kita hidup bermasyarakat untuk kita berdakwah dan membantu masyarakat sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment

Write your comment here!