Baru saja diarahkan oleh Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan untuk mendaftarkan syarikat dalm perniagaan ditawarkan oleh YKSNS Inspiration bagi mendapat lesen agar dapat memohon tender-tender daripada sektor kerajaan.
Tujuan permohonan lesen adalah untuk membantu menyokong dana YKSNS dengan cara mendapatkan tender-tender kerajaan dan seterusnya menjalankan perniagaan untuk menyokong dana YKSNS.
Diharap bagi pihak-pihak / pembaca-pembaca yang tahu berkenaan procedure dan dapat membantu saya dalam proses permohonan lesen daripada Kementerian Kewangan Kerajaan menghubungi saya samada melalui email (syahzlanyks@gmail.com), call/sms - 012-9723848 atau pejabat 06-481 0092.
Keprihatinan dan bantuan yang diberikan tuan-tuan dan puan-puan saya ucapkan jutaan terima kasih.
Followers
Monday, June 27, 2011
Sambutan Israk Mikraj
Assalammualaikum w.b.t.Jemputan buat semua pembaca blog saya, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Majlis Sambutan Israk Mikraj pada:
Tarikh: 29hb Jun 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah
Masa: 7.00mlm - 10.00mlm
Tuan-tuan dan puan-puan semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Israk Mikraj bersama YKSNS. Untuk maklumat lanjut, sila email pada saya atau hubungi talian pejabat di 06-481 0092.
Tarikh: 29hb Jun 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah
Masa: 7.00mlm - 10.00mlm
Tuan-tuan dan puan-puan semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Israk Mikraj bersama YKSNS. Untuk maklumat lanjut, sila email pada saya atau hubungi talian pejabat di 06-481 0092.
Tuesday, May 31, 2011
Kadet Sukarelawan Dakwah YKSNS
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan Kadet Sukarelawan Dakwah di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Mereka yang terpilih akan diberikan taklimat tugas dan tanggungjawab. Untuk makluman, perkhidmatan Kadet Sukarelawan Dakwah ini terbuka kepada lepasan STPM ataupun Universiti yang masih belum berkhidmat dengan mana-mana agensi kerajaan ataupun swasta. Kadet Sukarelawan Dakwah ( KDS ) adalah skim sokongan kepada graduan sementara mereka mendapat pekerjaan tetap ataupun melanjutkan pelajaran. Mereka yang terpilih akan diberikan Elaun Perkhidmatan bulanan berdasarkan kemahiran dan kebolehan.
Jika berminat sila kemukakan permohonan dengan menyertakan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar ukuran pasport. Permohonan boleh diemailkan ke yksnegerisembilan@gmail.com.
Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, anda boleh layari www.yksnegerisembilan.com atau hubungi kami di talian 06-481 0092.
Wednesday, May 25, 2011
Pembukaan Kelas Jahitan Sesi July - Disember 2011
Buat semua suri rumah, ibu tunggal atau remaja di kalangan wanita di sekitar Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai kelas jahitan anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, anda boleh menghubungi kami di talian 06-4810092 atau 012-9723848.
Kelas Jahitan ini diwujudkan bagi menggalak khususnya golongan ibu tunggal atau suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan untuk keluarga. Kelas Jahitan ini akan dijalankan bersesuaian seperti di tempat pengajian berdaftar yang lain. Tiada yuran pengajian yang akan dikenakan dan pelatih-pelatih yang menamatkan pengajian akan diserap menjadi pekerja sambilan apabila menerima tempahan dari luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
