Followers

Thursday, January 28, 2010

Betul ke manusia berubah lepas dapat jawatan?

Hari ini nak berkongsi pendapat mengenai perubahan diri samada negatif ataupun positif apabila kita mendapat sesuatu jawatan tinggi. Sedar ataupun tidak (hakikatnya) hal ini berlaku tanpa disedari. Jawatan yang pada asalnya diwujudkan untuk memberikan tanggungjawab pada seseorang dan bukanya membenarkan seseorang bertindak sewenang-wenangnya. Tanggungjawab yang diberikan haruslah dijadikan keutamaan dan bukannya kebanggaan kerana duduk di sesuatu jawatan.

Saya melihat suatu perubahan yang sangat ketara di kalangan kawan-kawan saya selepas mereka bertanding untuk jawatan. Kegilaan terhadap jawatan yang menjadi priority utama mereka dan bukannya berfikir kaedah untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Perkara kedua yang saya nampak adalah mereka tidak lagi duduk dan berborak bersama orang-orang tidak berjawatan seperti saya seperti mana yang biasanya dilakukan dahulu. Untuk menyingkirkan pesaing mereka sanggup menggunakan apa saja cara termasuklah mengada-adakan cerita yang tidak betul untuk mendapat perhatian daripada orang ramai. Tidakkah kita sedar dengan apa yang membawa-bawa diri kita ini?

Walau bagaimanapun saya tetap mendoakan kejayaan dan anda semua dipermudahkan jalan agar dapat menjalankan dan menyempurnakan tugasan serta tanggungjawab yang diberikan.

6 comments:

  1. mmg..people change thru their environment...tahla tp rasa xpatut...

    ReplyDelete
  2. kadang kala issue macam ni kena tengok orang lar..
    ada yang gila kawan. ada yang gila kuasa...
    ada yang tahu balancekan antara both...

    ReplyDelete
  3. Kebanyakannya memang macam tu, cepat lupa diri bila dah naik.

    ReplyDelete
  4. adakalanya mereka ini berubah sbb nak org hormat kat dia.mungkin dia takut,kalau dia berperangai mcm dulu,org x akan dgr cakap dia..
    tapi mmg ramai org berubah bila dah berkuasa,dan mereka sebenarnya lupa yg tanggungjawab itu akan dipersoalkan kelak..

    ReplyDelete
  5. terpulang kpd individu itu sndri...

    ReplyDelete
  6. urm.. tapi jangan lah kita sesudah berjawatan lupa kawan-kawan kita, lupa asal usul kita sampai nak duduk semeja makan borak-borak pun xnak...

    ReplyDelete

Write your comment here!