Followers

Saturday, October 23, 2010

Seminar Keusahawanan "Islam - Way of Business"

Kepada usahawan-usahawan muda di sekitar Perak atau di mana-mana sahaja, kami akan menganjurkan satu seminar seperti berikut:
Tajuk: "Islam - Way of Business"
Tempat: DK2, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
Tarikh: 30hb Oktober 2010
Masa: 8.00pg - 5.00ptg
Bayaran: RM50.00 sahaja (termasuk minum pagi, sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang) dan peralatan semasa seminar

Untuk pengetahuan semua, seminar ini dianjurkan bagi membantu memberikan pengetahuan dan panduan buat semua peserta-peserta seminar untuk lebih didedahkan dengan alam perniagaan.

3 slot akan diberikan untuk memaksimakan pengisian di dalam seminar. Slot pertama akan dikendalikan oleh wakil AKPK, syarikat swasta untuk memberikan penjelasan dan pembentangan mengenai hal-hal pengurusan kewangan. Peserta akan didedahkan dengan lebih mendalam bagaimana untuk menguruskan aliran wang dalam perniagaan agar dapat berkembang lebih maju.

Slot kedua pula dikendalikan oleh Tuan Haji Hassan B Shafee, seorang usahawan berjaya dalam bidang Perabut. Beliau merupakan pemenang anugerah MARA sebelum ini. Beliau akan berkongsi mengenai liku-liku dan pahit manis pengalaman beliau berkecimpung di dalam alam perniagaan. Pengalaman-pengalaman beliau selama ini akan dikongsi bersama para peserta. Para peserta dapat mencontohi beliau dari segi menguruskan masalah-masalah sepanjang menguruskan perniagaan beliau.

Manakala slot ketiga pula akan dikendalikan oleh peguam, Encik Shahrul Mizan Bin Ismail yang sudah tidak asing dengan bidang Undang-undang perniagaan bersama rakan-rakannya. Sesi ini akan melibatkan soal jawab dan perbincangan mengenai undang-undang dalam perniagaan. Para peserta akan diberi peluang untuk mengemukakan soalan-soalan berkaitan perniagaan.

Penyertaan masih dibuka dan tempat hanya terhad kepada 150orang sahaja. Bagi sesiapa yang berminat, jangan melepaskan peluang ini dan segeralah menghubungi pihak urusetia di talian 012-9723848, Syahzlan. Penyertaan anda adalah amat digalakkan dan anda dijamin tidak akan menyesal untuk menyertai seminar ini.

3 comments:

Write your comment here!