Followers

Saturday, April 14, 2012

Manusia Dan Kepentingan Diri


Semua perkara yang berlaku di dunia adalah ketentuan Allah swt samada baik atau buruk di mana semua mengandungi maksud atau hikmah tersendiri. Pepatah kita selalu berkata Melayu mudah lupa tapi bagi saya ianya sesuai untuk kenyataan MANUSIA MUDAH LUPA.

Semua orang mementingkan diri sendiri, mahu berjaya, mahu untung, mahu bersinar di kalangan manusia. Tetapi adakah kita sedar dengan apa yang kita katakan dan lakukan? Kita sibuk bertempik dan berbahas mengenai pelan dan tindakan kerajaan, sentiasa sahaja menyokong isu pembangkang yang membawa keuntungan atau manfaat pada diri kita namun realiti dan hakikat tiada perkara yang percuma di dunia ini.

Menyentuh isu pemansuhan PTPTN, bagi pendapat saya sendiri tidak logik perkara seperti ini dilaksanakan. Sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang sedang membangun, pemansuhan PTPTN hanya akan membebankan negara. Keadaan ekonomi Malaysia yang masih mengalami deficit menjadikan ia semakin sukar untuk direalisasikan. Mata dan hati kita dikaburi dengan janji-janji manis pakatan pembangkang sehinggakan kita mencaci pemimpin kita sendiri. Manusia tidak sempurna tetapi kita perlu menilai baik buruk sesuatu sebelum bersetuju dan bukan hanya mengikut dengan membabi-buta sahaja.

Sebab-sebab lain kenapa pemansuhan PTPTN tidak logik untuk direalisasikan adalah kerana peruntukan  lain yang sedia ada akan berkurangan secara drastik kerana kerajaan perlu menanggung kos pengajian semua mahasiswa di Malaysia. Pembinaan jalan raya, perkhidmatan infrastruktur, hospitaliti, pembelajaran di peringkat sekolah semua akan terjejas dengan kekurangan peruntukan.

Perlu kita ingat, tidak ada satu benda pun yang percuma di muka bumi ini. Jika ianya nampak percuma pada kita namun ada orang lain yang menanggung kos itu bagi pihak kita. Seawal kita meminjam, kita bersetuju akan membayar balik, merungut apabila duit tidak masuk lagi. Tetapi sesudah kita tamat pengajian, barulah kita terasa susahnya hendak membayar balik kerana sesudah ditambah keseluruhan duit pengajian yang kita terima dari semester ke semester angkanya agak besar. Wajib hukumnya bagi orang yang meminjam untuk membayar semula hutang. Saya percaya semua orang sedar dengan perkara yang berlaku di negara kita ini.

Duit PTPTN masuk, telefon bimbit baru, peralatan komputer baru, makan mewah, bercuti, jalan-jalan - jangan kita lupa apabila duit sudah habis diguna, hendak dibayar semula menjadi masalah. Para pembaca renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

Write your comment here!