Followers

Sunday, October 24, 2010

HOPE 2010

Dengan kerjasama seluruh pelajar kursus Business & Marketing, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar semester akhir batch SHM07-07, satu event membawa nama HOPE 2010 akan diadakan pada 30hb Oktober 2010 bertempat di KPM Seri Iskandar sendiri bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 12.00malam.

HOPE 2010 membawa maksud Humanity, Outstanding, Passion dan Entrepreneurship dan 2010 menunjukkan tahun event tersebut diadakan. HOPE 2010 menggabungkan beberapa aktiviti untuk menjayakan dan menarik minat pengunjung dari seluruh Perak khususnya Perak Tengah.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut:
1. Seminar Keusahawanan "Islam - Way of Business"
2. Karnival Kerjaya dan Pendidikan
3. Ekspo
4. Futsal Lelaki dan Perempuan
5. Pemeriksaan kesihatan
6. Pameran Polis dan Bomba
7. Live Band
8. Cabutan bertuah
9. Pertandingan PES (Pro Evolution Soccer)
10. Autoshow

Semua aktiviti ini dirancang dan kami turut menjemput semua penduduk di sekitar Perak mahupun di mana2 sahaja untuk datang memeriahkan lagi event kami. Semua pengunjung boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan tapi bergantung pada terma dan syarat.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Syahzlan 012 9723848. InsyaAllah saya akan cuba menjawab semua pertanyaan anda. Jemput semua untuk sama-sama memeriahkan HOPE 2010 ^^ 

2 comments:

Write your comment here!