Followers

Monday, January 25, 2010

Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Kawal Emosi!

Kita sebagai manusia mesti akan melakukan kesalahan. Tapi fikirkan elakkan dan hindarilah diri kita daripada melakukan kesalahan terutamanya bila berkata-kata (lidah itu lebih tajam daripada pedang). Allah menganugerahkan otak kepada semua manusia supaya boleh berfikir dengan baik dan mampu menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Janganlah kita mensia-siakan anugerah Allah itu.

Apa yang ingin diperkatakan ini mungkin ada kaitan dengan isu penahanan penulis blog akibat penulisan yang menghina tetapi tidaklah bertujuan untuk mengulas mengenai kes tersebut. Saya hanya ingin berkongsi bahawa kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan Allah. Kita tidak boleh sama sekali mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas seseorang biar sejahat mana pun dia dan sepatutnya kita mendoakan supaya Allah memberikan petunjuk agar dia dapat kembali ke jalan yang benar. Janganlah pula kita mengeruhkan lagi air yang sudah pun keruh dengan hasutan dan makian. Tidak juga kita menerima apa-apa faedah daripada perbuatan kita itu.

Kita sebagai ISLAM wajib menasihati dan membimbing rakan-rakan yang sesat ke jalan yang benar dan bukannya menggalakkan ataupun memaki hamun terhadap perbuatan salah itu. Kita juga harus hidup berkasih sayang antara kita dan sentiasa memaafkan kesalahan orang. Perkara-perkara lain seperti dosa mahupun pahala bukanlah kuasa kita untuk memperkotak-katikkan. Kita berserah sahaja kepada Allah yang Maha Esa.

Perkara terakhir adalah kita dilarang sama sekali menghina agama yang dianuti oleh setiap orang. Kita tidak boleh meruntuhkan rumah ibadat orang lain. Kita tidak boleh mengutuk agama orang lain. Kita seharusnya berkata-kata benda yang baik dan bukannya mengikut emosi dan terus menghina orang lain. Itu adalah perkara yang ternyata salah. Berserahlah kepada Allah dan berdoalah agar kita dihindari daripada melakukan semua perkara yang dimurkai-Nya. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kejahilan saya.

6 comments:

  1. show respect. yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan. nak emo, pi panggung wayang. haha, tetibe..

    ReplyDelete
  2. berfikir secara bijak sebelum melakukan sesuatu..

    ReplyDelete
  3. sy sokong banyak2...sungguh memalukan dan menakutkan bila perkara2 seperti ini semakin menjadi-jadi

    ReplyDelete
  4. tenang je bace entry ni. penulisan y bagus! :)

    ReplyDelete
  5. pemikiran dn gaya penulisan yg matang...pndapat yang bernas dn rasional...thniah..^^

    ReplyDelete
  6. terima kasih... jika ada yang tersilap kata harap boleh beri nasihat dan insyaAllah saya akan memperbaiki...

    ReplyDelete

Write your comment here!