Followers

Friday, January 8, 2010

Ikhlas? Atau Tak Ikhlas?

Seringkali kita dikaitkan atau didengari dengan perkataan "ko wat nie cam xikhlas je?", "kalau paksa tapi xikhlas pn ape guna", "keja xikhlas baik xpayah buat", "ko ikhlas ke tolong ak nie?" dan banyak lagi. Tapi samada kita sedar atau tidak perasaan ikhlas itu sebenarnya wujud bukan atas kehendak kita. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri mengenai keikhlasan hati kita? Boleh ke kita mengukur atau menilai keikhlasan orang?

Saya baru tersedar akan semua ini dan berniat untuk berkongsi pada semua pembaca blog mengenai hal ini. Saya mengikuti ceramah dan mempelajari bahawa kita sendiri tidak boleh mengatakan bahawa kita ikhlas berbuat sesuatu. Pada masa yang sama kita juga tidak layak untuk menentukan keikhlasan sesuatu perbuatan orang lain.

Keikhlasan memang akan wujud dalam hati setiap insan yang bergelar manusia, tetapi untuk mengenal dan melatih diri supaya bergerak ke arah keikhlasan, PAKSAAN dan USAHA perlu ditekankan. Jika kita tidak berbuat langsung sesuatu perkara tanpa dipaksa atau atas daya usaha kita sendiri, tidak akan wujud walaupun secebis keikhlasan dalam hati kita. Paksaan dan usaha juga akan melatih diri kita agar menjadi insan yang lebih berjaya dan pengalaman yang dipelajari akan mendewasakan kita.

Biarlah Allah S.W.T sahaja yang menentukan dan mewujudkan perasaan ikhlas dalam hati kita selepas kita melalui proses-proses pembelajaran. Kejayaan sebenar kita di atas muka bumi ini pun adalah semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

Apakah perasaan kita apabila kita menjadi dan mendapat tempat sebagai orang kanan/orang kepercayaan di sisis orang-orang besar seperti Menteri Besar, Perdana Menteri, Sultan, Yand Dipertuan Agong??? Sudah tentu perasaan bangga, megah, gembira dan perasaan selamat itu akan wujud. Tetapi pernahkah kita berfikir bagaimana pula rasanya jika kita mendapat tempat di sisi Allah S.W.T?

Hanya sebagai perkongsian pendapat dan terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment

Write your comment here!